Selasa, 18 Disember 2018

PROGRAM AWAL REMAJA - MENCEGAH PEDOFILIA

Program yang telah diadakan pada 31 Oktober ini adalah hasil kerjasama dari pihak IPD Pontian. Dalam Program tersebut Inspektor Kamilia Liana telah memberi ceramah yang bertajuk "Mencegah Pedofilia". Antara manfaat yang murid-murid dapat dari program tersebut adalah :

a) Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.

Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin.

c) Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin.

d) Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.

e) Dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah pedofilia .

Di dalam program ini juga, penceramah menerangkan juga cara-cara untuk bertindak apabila berdepan dengan situasi tersebut.







PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM TAHUN 2018


25 -27 Oktober 2018

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
 
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
 
Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahap 2 seramai 80 orang murid daripada tiga unit beruniform iaitu dan TKRS, PBSM dan PPIM. Dan untuk pertama kalinya SK Parit Haji Adnan telah menjemput SK Kayu Ara Pasong untuk menyertai Perkhemahan Perdana ini yang bertempat di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan.

Dengan semangat dan kepercayaan, perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
















KARNIVAL BOLA TAMPAR DAERAH PONTIAN

Karnival Bola Tampar Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung pada 10 Oktober 2018 telah mempertandingkan acara Bola Tampar Kategori Lelaki dan Perempuan. Seramai 8 buah sekolah iaitu sebanyak 18 pasukan yang bertanding. Acara tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan telah menobatkan SK Parit Haji Adnan sebagai pemenang pertama bagi Kategori Lelaki manakala Kategori Perempuan di menangi oleh SK Telok Kerang



SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan stu aktiviti wajib yang diadakan setiap tahun. Tujuan  utama adalah untuk murid-murid dapat menghayati dn menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang membebaskan Tanah Melayu dari kuasa asing sekaligus mencapai kemerdekaan.

Bagi memeriahkan sambutan sepanjang bulan tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk murid-murid bagi menyemarakkan lagi sambutan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pelbagai jenis pertandingan seperti, Lagu Patriotik, Pakaian Patriotik, Mewarna, Sajak dan pelbagai lagi aktiviti yang dalam masa yang sama dapat mencungkil bakat murid-murid.








Selasa, 10 Julai 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SEMARAK BUDAYA

Pada 8 Julai 2018 telah berlangsung  Majlis Sambutan Aidilfitri dan Semarak Budaya. Majlis yang julung kali melibatkan 3 sekolah lain sebagai jemputan berlangsung dengan meriah. Sekolah yang menerima jemputan adalah
  • SK Kampong Jawa
  • SK Melayu Raya
  • SJKC Nan Mah
Turut hadir bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai Dr. Farid, Wakil dari PPD Pontian En. Haji Hasmadi, Imam Masjid Parit Haji Adnan En. Haji Tumian dan YDP PIBG En. Zulizan bin Amit.























MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 7 Mei 2018 telah berjalan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK Parit Haji Adnan. Majlis yang diadakan bagi pengisian aktiviti di bulan Ramadhan melibat sluruh warga sekolah. Di samping itu juga, majlis penyerahan Sumbangan Keperluan Aidilfitri juga diadakan bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.