Maklumat Sekolah

Sejarah Penubuhan Sekolah

Kampung Parit Haji Adnan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1925. Kemudian, tanggal 6 Februari 1952 terbina sebuah bangunan sekolah di atas tanah wakaf pemberian penduduk kampung. Bangunan sekolah daripada jenis kayu beratapkan nipah berukuran 60 x 14 kaki dan dinamakan Sekolah Melayu Parit Haji Adnan. Pada ketika itu seramai 50 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 2 orang termasuk Guru Besar. Mereka dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, mengurus dan mendidik anak melayu di kampung ini.Cogan kata pada awalnya ilmu pelita hidup adalah hasil buah fikiran dua orang guru tersebut.
Kronologi SK Parit Haji Adnan
1953 - Bangunan asal telah diubah suai oleh seorang tukang kayu bernama Tuan Haji Abdul Karim Haji Adnan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM700.00 hasil peruntukan Pejabat Pendidikan Pontian dan sumbanagn sebanyak RM daripada Pihak Syarikat South Malaya Pineapple Growers (SMP) Pekan Nanas
1955 - Sebuah bangunan kayu dengan ukuran 70 x 24 x 13 kaki telah dibina dengan rasminya.
1972 – Sebuah kantin dibina untuk keselesaan murid sewaktu makan dan minum di sekolah.
1977 - Bangunan kekal (konkrit) setinggi 2 tingkat yang berukuran 120 x 30 kaki telah dibina dengan peruntukan RM90 000.00
1982 - Sebuah bangunan kekal (konkrit) setinggi 2 tingkat berukuran 80 x 30 kaki dibina dengan peruntukan dari kerajaan menelan belanja sebnayak RM180 000.00
1982 -  Perasmian Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan (SKPHA). Telah disempurnakan ole Y.A.B Dato’ Musa Hitam iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
2002 - Makmal Komputer SKPHA dibangunkan di mana sebnyak 13 buah komputer dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran.
2006 - Bangunan Pusat Kegiatan Pendidikan Islam SKPHA (Surau) telah dibangunkan hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd. Othman Bin Hj. Yusof iaitu Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Pontian..
2007 - SKPHA telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Program Peluasan Pendidikan Prasekolah 2007.
2010 - Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan telah mendapat bangunan baru 4 tingkat yang diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya. Bangunan yang tersergam ini menempatkan 2 buah kelas, 3 bilik J-QAF, SBOA, Bilik Guru, Bilik Kokurikulum, Bilik Sukan, Bilik SAL, Bilik Akses dan Dewan Terbuka.


=========================================================


Kronologi Guru Besar

Klik untuk besarkan imej ^



=========================================================



Lencana Sekolah Dan Maksud

Klik untuk besarkan imej ^






Tiada ulasan:

Catat Ulasan