Selasa, 22 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Setiap tahun Sambutan Hari Guru akan disambut dan diraikan dengan meriah di kalangan guru dan murid-murid. Sambutan ini adalah untuk menghargai jasa para guru yang telah banyak berpenat lelah dalam mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak-anak bangsa dan negara.

Sambutan yang telah diadakan pada 16 Mei 2018 di peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Guru Besar EN. ABD LTIFF BIN AHMAD. Sambutan Hari Guru turut dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka di kalangan guru-guru dan murid-murid.
















MINGGU BAHASA PERINGKAT SEKOLAH

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan di Negara Malaysia. Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah di negara ini. Para pelajar di Malaysia perlu mampu menggunakan bahasa melayu. dengan betul supaya dapat memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik

Bahasa Inggeris pula adalah bahasa perantaraan antarabangsa dan bahasa ilmu antarabangsa yang memeberi banyak kelebihan kepada murid yang mampu menguasainya. Program Minggu Bahasa ini bertujuan untuk membantu murid-murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan penguasaan kedua-dua bahasa secara tidak formal

Objektif pelancaran ini diadakan adalah untuk

1. Meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid
2. Menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif dengan pelaksaan pertandingan dan kuiz bahasa

Pelancaran Minggu Bahasa ini berlangsung pada 29 Mac 2018.








Program Guru Penyayang

Pada 29 Mac 2018 telah berlangsung Pogram Guru Penyayang. Antara kandungan Program ialah menyambut ulang tahun kelahiran Guru dan Murid-murid. Program ini diadakan  2 bulan sekali sepanjang tahun 2018. Objektif program adalah menghargai dan mengeratkan lagi hubungan di antara Guru dan Murid.

#KamiGuruPenyayang
#AndaMuridCemerlang




Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah telah dilancarkan secara rasminya pada 1 Mac 2018 bertempat di Dewan Zaaba SK Parit Haji Adnan.

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya danberupaya menentang ancaman dadah.

Antara objektifnya ialah :

1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. Membasmi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sama ada mengedar, menjual atau menggunakan dadah di kalangan murid sekolah.

3. Membina semangat murid supaya dapat menjauhkan diri dari dadah dengan penuh sedar dan bertanggungjawab.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah En. Abd Latiff Bin Ahmad. Turut diundang Pegawai Polis dari IPD Pontian untuk memberi ceramah berkenaan "Bahaya Dadah".








Tahniah Pasukan Bola Baling !!!

Pada 24 Januari 2018 berlangsung Pertandingn Bola Baling Peringkat on Pekan Nanas bertempat di SK Pengkalan Raja.

Tahniah buat Pasukan Bola Baling (L) & (P) kerana telah berjaya merangkul

Naib Johan : Pasukan Perempuan
Ketiga        : Pasukan Lelaki

Tidak lupa kepada mereka yang terlibat untuk membawa misi Pasukan Bola Baling Sekolah

Pengurus : Cikgu Siti Norehan Jasmi
Jurulatih : Cikgu Anizam Mohd Zain
                 Cikgu Ahmadi Abidin Muhammad
                 Cikgu Nur Diyana Mohd Zakaria