Berlangsungnya Mesyuarat PIBG Kali Ke - 39 di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan. Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Md Farid Bin Md Rafik berjalan dengan lancar dengan kehadiran ibu bapa bagi memenuhi agenda program antaranya mesyuarat lantikan baru bagi ahli jawatankuasa PIBG Sekolah.
Selain itu, beberapa aktivi lain diselitkan di dalam program tersebut antaranya Slot PLC mengenai Frog VE bersam ibu bapa dan juga Slot PLC mengenai Kemhiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga PBD.
Mesyuarat PIBG juga dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah kepada semua yang hadir dan juga pemberian cenderamata kepada Guru Tahun 6/2018, cenderamata untuk guru bertukar dan juga cenderamata untuk murid cemerlang UPSR 2018.