Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Parit Haji Adnan anjuran bersama JKKK/AJK MASJID/UMNO/SK PARIT HAJI ADNAN/NGO/TADIKA KEMAS PARIT HAJI ADNAN/PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PONTIAN SELATAN SERTA PENDUDUK KAMPUNG.
Sambutan Maulidur Rasul itu merupakan program tahunan yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.Selain itu, program ini juga diadakan bagi menggalakkan masyarakat masa kini supaya menghayati perjuangan Baginda dengan meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, bersatu padu memupuk ukhuwwah Islamiyyah di samping mencipta kegemilangan dan ketamadunan masyarakat Islam mengikut arus perkembangan semasa secara seimbang.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Parit Haji Adnan turut dimuatkan dengan pelbagai program menarik termasuk Ceramah Khas oleh Ustaz Mohd Fakhrurazzi Bin Mohd Hanapi.