Ahad, 3 Disember 2017

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2017

Pada 19 November 2017 bertempat di Dewan Za'ba, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan  Akademik bagi meraikan pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun serta pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta koakademik bagi tahun 2017.
Majlis pengurniaan sijil dan trofi ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Parit Haji Adnan En. Abdul Latiff Bin Ahmad.
Seramai 157 orang pelajar cemerlang telah menerima anugerah masing termasuk empat penerima anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Murid Keseluruhan, Kurikulum, Kokurikulum serta Tokoh Nilam.
Secara keseluruhannya, Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dalam suasana gilang gemilang. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar serta pelbagai pihak yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan