Sabtu, 5 Januari 2019

KEMBALI KE SEKOLAH!!!

Hari pertama persekolahan yang bermula pada 1 Januari 2019 berjalan dengan baik. Seramai 135 orang murid telah menghadiri hari pertama sesi persekolahan 2019. Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan gagi yang dihadiri oleh seua guru dan murid-murid





MINGGU TRANSISI TAHUN 1

Antara program pertama yang dilaksanakan oleh pihak sekolah staip tahun. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di Prasekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah.

Progam ini memastikan semua murid Tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza memulakan memulakan proses pembelajaran mereka  di Tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proes pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.