Sabtu, 5 Januari 2019

MINGGU TRANSISI TAHUN 1

Antara program pertama yang dilaksanakan oleh pihak sekolah staip tahun. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di Prasekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah.

Progam ini memastikan semua murid Tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza memulakan memulakan proses pembelajaran mereka  di Tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proes pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan