Rabu, 4 September 2019
SANBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-62
Pada 18 Ogos 2019, SK Parit Haji Adnan telah merasmikan Majlis Pembukan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62. Sambutan yang disertai seluruh wrga SK Parit Haji Adnan disambut dengan meriah. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Abd. Latif Bin Ahmad. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang bulan kebangsaan antaranya ialah, bercerita, lagu patriotik, pakaian beragam berunsur kemerdekaan dan berbagai lagi acara yang dipertandingan bagi menghayati dan memeriah sepanjang bulan kebangsaan.
Sabtu, 16 Mac 2019
MESYUART PIBG KALI KE - 39
16 MAC 2019
Berlangsungnya Mesyuarat PIBG Kali Ke - 39 di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan. Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Md Farid Bin Md Rafik berjalan dengan lancar dengan kehadiran ibu bapa bagi memenuhi agenda program antaranya mesyuarat lantikan baru bagi ahli jawatankuasa PIBG Sekolah.
Selain itu, beberapa aktivi lain diselitkan di dalam program tersebut antaranya Slot PLC mengenai Frog VE bersam ibu bapa dan juga Slot PLC mengenai Kemhiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga PBD.
Mesyuarat PIBG juga dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah kepada semua yang hadir dan juga pemberian cenderamata kepada Guru Tahun 6/2018, cenderamata untuk guru bertukar dan juga cenderamata untuk murid cemerlang UPSR 2018.

Rabu, 27 Februari 2019
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
27 FEBRUARI 2019
Merentas Desa merupakan acara tahunan sekolah yang melibat seluruh murid sekolah SK Parit Haji Adnan dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
KEM KEPIMPINAN MUDA DAERAH PONTIAN 2019
23 FEBRUARI 2019
Pada 23.2.2019, SK Parit Haji Adnan telah menganjurkan Kursus Kempimpinan Muda Daerah Pontian dengan kerjasama Ahisma Management Services yang bertempat di Sk Parit Haji Adnan. Program ini terdiri daripada Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan JK Unit Kokurikulum Sekolah. Seramai 96 murid terlibat yang terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu :

- SK Parit Haji Adnan
- SK Seri Pulai
- SK Pengkalan Raja
- SK Sungai Bunyi
- SK Tengku Mahmood 1
- SK Kampong Jawa
MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah 2019
18 FEBRUARI 2019
Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif berterusan KPM, PDRM, KSIB, komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), mencegah salah laku disiplin urid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Selain itu program ini berhasrat memperluas penggunaan papan kenyataan PDRM di sekolah bagi menyalur maklumat dan berita tentang kepolisan kepada pihak sekolah.
Majlis yang diadakan diperingkat sekolah telah mndapat kerjasama daripada IPD Pontian.

PROGRAM ZIARAH CAKNA
Program Ziarah Cakna merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa adalah program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dala usaha memperkukuhkan konsep sekolah penyayang menangani mutual ditrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
Program ini dilihat memberi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu juga melalui lawatan ini guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru. Program Ziarah Cakna dilakukan secara berterusan sepanjang tahun dan menjadi amalan di sekolah mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah.

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Telah berlangsung pertandingan Bola Baling peringkat daerah Pontian di SMK Kyu Ara Pasong. Seramai 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan dihantar bagi mewakili SK Parit Haji Adnan dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan pada 14 Februari 2019. Tahniah kepada Pasukan perempuan kerana merangkul Naib Juara.
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH PEKAN NANAS
Bola Tampar adalah permainan yang banyak menaikkan nama SK Parit Haji Adnan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, SK Parit Haji Adnan merupakan tuan rumah untuk peringkat Zon Pekan Nanas dan untuk tahun ini pertandingan telah berlangsg pada 17 Januari 2019. Seramai 16 pasukan telah bertanding untuk merebut gelaran juara yang bakal melayakkan diri ke pringkat daerah. TAHNIAH kepada pemenang untuk tahun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)