18 FEBRUARI 2019
Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif berterusan KPM, PDRM, KSIB, komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), mencegah salah laku disiplin urid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Selain itu program ini berhasrat memperluas penggunaan papan kenyataan PDRM di sekolah bagi menyalur maklumat dan berita tentang kepolisan kepada pihak sekolah.
Majlis yang diadakan diperingkat sekolah telah mndapat kerjasama daripada IPD Pontian.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan