Program Ziarah Cakna merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa adalah program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dala usaha memperkukuhkan konsep sekolah penyayang menangani mutual ditrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
Program ini dilihat memberi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu juga melalui lawatan ini guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru. Program Ziarah Cakna dilakukan secara berterusan sepanjang tahun dan menjadi amalan di sekolah mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan